KUALA NERUS: Terengganu akan menyertai 36 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, Ogos tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata ia termasuk 28 sukan wajib dan sembilan acara sukan pilihan iaitu catur, e-sport, kabaddi, kriket, muaythai, pentanque, silambam, sofbol dan tinju.
"Kontinjen SUKMA Terengganu akan menyertai semua jenis sukan yang dipertandingkan kecuali bola keranjang atas sebab tertentu," katanya pada Majlis Perhimpunan Kontinjen Terengganu SUKMA XXl Sarawak 2024, di sini pada Rabu.
Turut hadir Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Shahrizal Yahya.
Hishamuddin berkata ketika ini kira-kira 700 atlet sedang menjalani latihan fasa dua yang memfokus kepada penyertaan atlet di seberapa banyak pertandingan atau kejohanan di serata tempat sama ada dalam mahupun di luar negara.
Menurutnya, 35 peratus daripada 700 atlet berkenaan pernah bertanding pada SUKMA 2022 manakala selebihnya diisi oleh muka-muka baharu.
"Keberkesanan pemilihan atlet baharu yang menjalani latihan intensif bagi mengisi dua per tiga kekosongan skuad yang ditinggalkan atlet lama menjadi faktor utama dalam menentukan kejayaan kontinjen Terengganu pada SUKMA tahun hadapan.
"Tempoh 255 hari menjelang SUKMA adalah masa terbaik untuk memperkemas dan melaksanakan secara serius strategi-strategi yang telah digariskan," katanya.
Selain itu, Hishamuddin turut menyarankan barisan jurulatih supaya lebih teliti dalam aspek pemilihan pertandingan sukan di luar negara agar bersesuaian dengan keperluan serta tahap atlet terutama yang melibatkan sasaran pingat emas.
Katanya, selepas memasuki fasa ketiga, penyertaan skuad SUKMA bagi kejohanan dalam negara perlu dikurangkan bagi memastikan keupayaan atlet tidak dihidu pasukan negeri lain.
"Semua pihak perlu memastikan moral dan prestasi atlet sentiasa berada pada tahap terbaik untuk kita merampas semula gelaran juara SUKMA tahun depan," katanya.
Pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur, Terengganu muncul sebagai naib juara selepas mengutip 64 pingat emas; pingat perak (49 pingat) dan pingat gangsa (55 pingat).-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023
Hishamuddin berkata ketika ini kira-kira 700 atlet sedang menjalani latihan fasa dua yang memfokus kepada penyertaan atlet di seberapa banyak pertandingan atau kejohanan di serata tempat sama ada dalam mahupun di luar negara. - Gambar Bernama
Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD
Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mengumumkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP.
Azam junjung kasih kepada Sultan Ibrahim, ikrar jalan tugas dengan penuh integriti
Azam berikrar akan menjalankan amanah dan tanggungjawab tersebut dengan penuh integriti.
Bayi meninggal tersedak susu: Suami isteri berjaya peroleh penghakiman ingkar terhadap dua pengasuh
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan sepasang suami isteri mendapatkan penghakiman ingkar dalam saman terhadap dua pengasuh didakwa cuai sehingga bayi mereka meninggal dunia akibat tersedak susu.
MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
1,133 pegawai, anggota polis bertugas semasa PRK Kuala Kubu Baharu
Seramai 1,133 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.
Stok minyak sawit negara meningkat kali pertama dalam enam bulan
Stok minyak sawit Malaysia meningkat pada akhir april buat pertama kali dalam tempoh enam bulan. Menurut pengawal selia industri, ia berikutan peningkatan pengeluaran walaupun terdapat penurunan dalam eksport.
Pengeluaran industri pada Mac meningkat 2.4 peratus
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 2.4 peratus pada Mac 2024, didorong pengembangan dalam kesemua sektor.
Agrobank terima dana skim kredit mikro daripada Kerajaan Sarawak
Agrobank pada Jumaat menerima Dana Tambahan Skim Kredit Mikro Sarawak berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Jumlah pengangur di Malaysia terus catat penurunan
Jumlah penganggur di Malaysia pada mac 2024 terus catat penurunan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia menurun kepada 566,600 orang mencatatkan kadar pengangguran 3.3 peratus.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.
Tiada tambahan jumlah acara untuk Sukma 2024
Jumlah acara sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma 2024 di Sarawak tidak akan ditambah biarpun ada pihak meminta supaya beberapa acara lagi dimasukkan.
Hentikan naratif negeri dianaktirikan - Adam Adli
Beliau menjelaskan, keputusan penggiliran dibuat bersama dan bukan baru sehari dua bincang.
Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028
Sarawak secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 sekali gus bakal menganjurkan temasya sukan terbesar negara itu buat kali ketiga.
Kerja-kerja pembinaan kemudahan Sukma di Kelantan dimulakan tahun depan
Empat kemudahan itu ialah sebuah stadium utama, stadium tertutup, pusat renang dan velodrome yang menjadi keperluan utama sebagai tuan rumah selain beberapa infrastruktur asas lain.
KBS sedia perketatkan SOP aktiviti sukan
Wan Ahmad Fayhsal berkata cadangan untuk membina litar permotoran sedang diusahakan oleh pihaknya bagi mempertingkatkan kemudahan sukan di Kelantan.